"Saya sebagai isteri tak pernah meletakkan syarat kalau dia (Aeril) dapat sebarang tawaran berlakon. Malah saya tak kisah dengan siapa dia digandingkan tapi saya beri am@ran kepadanya tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita.
"Bila dengar atau baca kisah artis terjer£bak dalam isu cur@ng, saya memang pesan dekat suami agar jaga diri dan tidak buat perkara serupa.
"Tak payahlah alasan nak cari keserasian sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu."
Demikian tutur pelakon dan usahawan Wawa Zainal yang berkata, dia turut memberi peringatan kepada suaminya, pelakon Aeril Zafrel jika bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita.
Ujar Wawa, tidak perlu berlebih-lebihan dengan alasan untuk mencari keserasian dalam lakonan meskipun ketika berada di set penggambaran.
Sementara itu, jelas Aeril, tidak sal@h untuk mencari keserasian dengan pelakon wanita, namun perlu ada batas dan status diri masing-masing.
"Nak cari keserasian itu ada ketikanya perlu jaga tapi kalau untuk orang yang tahu batas sahaja. Keserasian itu kadang-kadang boleh dibuat melalui komunikasi seperti berbual tapi janganlah sampai berlebihan," katanya.
Dalam pada itu, Aeril turut mengulas mengenai tindakan menyen@raihitam seseorang selebriti dimana ia patut dibuat jika seseorang itu sudah terbukti bersal@h mengikut undang-undang.
"Bagi saya selagi tidak dis@bitkan dengan sebarang hukvman di mahkamah, kita tiada hak untuk bl@cklist mereka. Tapi perkara ini terpulang kembali kepada pihak produksi kerana ia keputusan mereka," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment