25 March 2024

ANGELINE TAN NASIHAT BELAJAR ANTARA SATU SAMA LAIN & HORMAT MENGHORMATI



"Kita patut dah sangat memahami antara satu sama lain. Kita dah belajar antara satu sama lain dan hormat menghormati. Saya tak nak komen berlebihan.
"Tapi saya hanya mampu dan selagi boleh nak jadi contoh yang baik," kata pelakon Ardini Angeline Tan yang menasihatkan semua kaum dan penganut berbilang agama di Malaysia agar menghormati antara satu sama lain.

Menurut Ardinie Angeline, negara kita sudah lama mempunyai pelbagai bangsa serta agama dan isu-isu pan@s sepatutnya tidak berlaku lagi.

Tambah Ardini Angeline, 57, yang berkahwin dengan Sabri, 62, pada 14 Oktober lalu itu lagi, isu-isu sebegini sedikit sebanyak boleh berl@ku pada bila-bila masa dan dia merasakan tidak perlu untuk dibincangkan dengan suaminya.

"Tak perlu bincang sebab kami akan fikir benda yang sama. Kenapa semua ini terjadi? Saya pun tak tahu kenapa. Tapi kita perlu ada lebih kasih sayang antara satu sama lain.

"Terima satu sama lain, hormat antara satu sama lain, tol£ransi satu sama lain serta memberi dan menerima antara satu sama lain. Bukan di antara satu sama lain, lain-lain bangsa sahaja, tapi dalam keluarga, pejabat dan di mana-mana sahaja.

"Jadi kita tak usah cakap banyak sebab setiap kita kena buat baik supaya sedikit-sedikit kita dapat buat perubahan yang besar," ujarnya.

Sementara itu, Ardinie Angeline yang ditanya mengenai persiapan semasa Ramadan, meluahkan rasa syukur kerana penyediaan makanan sahur disiapkan oleh anak dan menantu suaminya.

"Anak abang Cef, jadi dia buat semua. Pakaian Raya pun tak beli apa-apa kerana akan memakai baju yang belum atau jarang dipakai sebelum ini. Hari Raya bukan alasan untuk berbelanja besar," tuturnya.

Sementara itu , Sabri pula berkata, tidak suk@r untuk mengajar isterinya itu berpuasa kerana Ardinie Angeline sudah mengamalkannya sejak sebelum ini.

"Saya dari dulu pun tak buat persiapan raya. Tambah pula dah 17 tahun saya sambut raya dengan anak-anak (selepas kem@tian isteri).

"Sekarang dengan Ardinie Angeline pun sama. Saya tak pernah menukar langsir ketika hari Raya. Kami akan balik beraya di Kelantan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: