25 March 2024
"KESIAN PADA SUAMI SORANG-SORANG BULAN RAMADHAN TAHUN NI SEBAB DIA CINA MUALAF" - JOY REVFA DEDAH SELAMAT BERNIKAH DENGAN DR ADRIAN YEAH SEBELUM RAMADAN
"Syukur Alhamdulilah... dengan sekali lafaz, Joy dan suami (Dr. Adrian Yeah) telah selamat diijabkabulkan secara biasa-biasa saja sebelum Ramadhan lagi...
"Patut Majlis Wedding kami pada bulan Jun 2024 tapi kami rasa mcm lama sangat nak tunggu, jadi kami nikah je la dulu kemudian baru bersanding."
Demikian tulis usahawan kosmetik, Joy Revfa yang mendedahkan dia sudah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Dr Adrian Yeah sebelum Ramadan lalu.
Berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi Instagram semalam, Joy meluahkan rasa syukur selamat diijabkabulkan serta mengatakan majlis sepatutnya berlangsung pada Jun depan.
Dalam hantaran itu, Joy turut memuat naik foto sijil pernikahannya, namun tidak didedahkan tarikh pernikahan mereka.
Tambahnya lagi, apabila sudah mempunyai ikatan yang halal, dia boleh menemani suaminya itu menjalani ibadah puasa serta belajar agama bersama-sama.
"Kesian pada suami sorang-sorang bulan Ramadhan tahun ni sebab dia Cina Mualaf... bila dah halal ni senang sikit sahur, berbuka puasa, solat & belajar agama sama-sama.
"Joy upload ni sebab tak nak timbul fitn@h bila ada yang nampk Joy dan suami tinggal bersama-sama & kehulu-kehilir sama-sama kan," katanya.
Terdahulu, Joy berkongsikan Adrian yang merupakan seorang doktor perubatan sudah melafazkan syahadah pada 24 Mac tahun lalu di sebuah masjid di Setia Alam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment