"Bukan sebab sambutan hari jadi, sebaliknya ia adalah hadiah saya buat ibu kerana dia memang sudah lama mengidamkan kereta ini. Saya hanya mahu menggembirakan ibu dan ingin melihat senyuman terukir di bibirnya.
"Hadiah kereta sekadar material, jika nak diukur dengan peng0rbanan setiap ibu bapa dalam membesarkan anak, memang tak terhitung nilainya."
Ujar pelawak dan pelakon, Zizan Razak yang baru-baru ini membuat kejutan buat ibu tercinta, Anai Ibrahim dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah jenis Mecedes Benz GLC300.
Tidak perlu hari istimewa meraikan insan tersayang, tindakan pelakon filem 'Polis Evo 3' itu menerima pujian netizen.
Jelas Zizan, dia membuat kejutan menghadiahkan kereta berkenaan sebagai membalas jasa dan peng0rbanan ibunya.
Dalam pada itu, Zizan berkata, kesedaran untuk membahagiakan orang tuanya timbul selepas mendapat nasihat rakan yang sudah tidak ibu bapa lagi.
"Ada rakan menasihatkan saya jaga orang tua sebaiknya selagi masih ada. Tapi, janganlah rasa rendah diri atau sedih jika tak mampu hadiahkan kereta mahupun barangan mahal, itu hanyalah material semata-mata.
"Ada ibu bapa tak perlukan semua ini. Bagi mereka, memadai hadiahkan senyuman dan kebahagiaan. Buatlah apa yang termampu dan keikhlasan itu biarlah Allah sahaja yang nilai, janji bahagia," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi video dikongsikan oleh abang Zizan itu, mereka membawa ibu mereka ke bilik pameran kereta jenama mewah berkenaan kononnya sekadar mencuci mata sementara menantikan waktu berbuka puasa semalam.
Zizan yang berpakat dengan jurujual kemudiannya membawa ibunya melihat kereta dibalut dengan kain hitam berserta reben besar, namun ibunya tidak dapat menangkap petunjuk diberi sehingga skrin di depan kereta tertera namanya.
Bagaimanapun, ibu Razak tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata sambil memeluk Zizan sebagai tanda ucapan terima kasih.
"Kami datang sini konon-konon b0san sementara menunggu waktu berbuka puasa. Sambil-sambil itu buat-buat tengok kereta dan berkenalan dengan jurujual.
"Lepas itu, jurujual pura-pura tanya ibu suka ke kereta Mercedes sebelum bawa kami tengok sebuah kereta jenis GLC300," tulis abang Zizan yang turut meluahkan rasa bangga dengan adiknya kerana banyak membantu mereka sekeluarga.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira. Malah, ada yang mengatakan Zizan mungkin belum berkahwin lagi, namun dia dapat membahagiakan keluarganya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment