04 April 2024
ADA BUKTI PERBUALAN TAK SENON0H ALIFF AZIZ & RUHAINIES - BELLA ASTILLAH PERNAH MENGADU PADA IBU MENTUA TAPI DIMINTA HUSNUZ0N
Selepas pelbagai penjelasan dan pendedahan dibuat, nampaknya pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan satu lagi perkara, dimana dia ada bukti perbualan tak senon0h antara suaminya, Aliff Aziz dengan pelakon Ruhainies.
Jelas Bella, Aliff tahu dia mempunyai banyak bukti dan sejak melihat perubahan suaminya itu, dia ada meletakkan rec0rder di dalam kereta.
"Aliff tahu saya ada banyak bukti. Sekarang kalau saya nak tunjuk pun boleh. Tapi kita di bulan puasa takkan nak tengok video yang tak senon0h. Jadi diorang ada bercakap soal, saya nak cakap pun m@lu sebenarnya. Kur@ng baik lah," ujarnya.
Selain itu, Bella berkata, Aliff selalu tidak pulang ke rumah dan dia perlu berhad@pan dengan perkara tersebut sendirian, termasuk k£s khalw@t suaminya dengan Ruhainies.
Berhubung perkara itu, Bella memberitahu, dia ada mengadu dengan ibu mentuanya apabila suaminya menukar kata laluan telefon bimbitnya, namun diminta untuk bersangka baik.
Katanya lagi, ibu mentuanya itu turut menasihati dirinya supaya berhenti fokus kepada manusia dan fokus pada diri sendiri serta mendekatkan diri kepada Allah.
"Saya ada mengadu pada ibu mentua, dia minta saya kena husnuz0n (bersangka baik). Dia juga katakan saya perlu fokus kepada diri sendiri dan dekatkan diri dengan Allah. Itulah yang saya buat.
"Ustaz yang mengajar saya mengaji dari 2018 mula ajar saya mengaji balik sebab saya tak boleh fokus. Hari-hari nak cari Aliff di mana.
"Saya mengaji sampailah ustaz bersuara supaya saya buat solat istikharah. Pada bulan yang mulia ini saya buat solat istikharah.
"Dia ada kata nak ceraikan saya pada 31 Mac lalu selepas habis sho0ting dan selepas saya solat istikharah, Allah tunjukkan kes khalw@t dan sebab itu, saya fail cerai," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment