04 April 2024

"KITA ANGGAP ITU HADIAH DARIPADA ORANG" - AZLEE SENARIO NAFI MINTA SEDEKAH, ANGGAP HADIAH DARIPADA ORANG



"Sasaran saya, satu hari saya nak jana RM500. Tapi, kalau dapat lebih, itu bonus. Kenapa saya nak RM500? Sebab kita kena kalikan dengan sebulan, menjadi RM15,000."
Ujar pelawak Azlee Senario, 57, yang berkata, dia mensas@rkan pendapatan sebanyak RM500 dalam sehari serta dapat menjana pendapatan mencecah RM15,000 sebulan menerusi sesi secara langsung di TikT0k.

Dalam pada itu, Azlee turut berkongsi mengenai minatnya untuk menjadi pengacara siaran langsung di TikT0k, dimana hari pertama bersiaran, dia berjaya menjana RM8,900 dalam masa lima minit.

"Tak sangka saya boleh jana pendapatan di situ dan terk£jut orang boleh bagi hadiah sebanyak itu. Singgalah, pauslah, macam-macamlah yang saya dapat.

"Dalam masa lima minit di hari pertama itu, saya dapat RM8,900," kata Azlee yang juga menyeru agar artis veteran menggunakan platform itu untuk menjana pendapatan tambahan.

"Jadi, saya cakap kepada pengikut saya, kenapa kamu tak mahu gunakan TikTok untuk cari pendapatan sampingan?

"Contohnya artis lama, mereka ada peminat lagi. Peminat tetap sayangkan mereka dan mereka akan berkongsi rezeki. Saya hos TikT0k, jadi saya tengok Datuk Red yang dalam kesus@han.

"Tapi, oleh kerana dia tak m@lu dan guna platform betul, orang bantu dia dan akhirnya dia boleh beraya dengan anak-anak. Bukan kita nak minta sedekah. Tidak. Tapi orang beri hadiah dan kita anggap itu hadiah daripada orang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: