04 April 2024
AKHIRNYA DAPAT RUMAH PPR SRI AMPANG DI KEPONG - ZAITON SAMEON LUAH RASA SYUKUR
"Alhamdulillah, permohonan untuk saya dapatkan bantuan perumahan itu masih di dalam proses lagi. Tapi, saya sudah dimaklumkan akan mendapat rumah PPR Sri Aman di kawasan Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur.
"Permohonan untuk rumah PPR itu sudah lama saya buat dan baru-baru ini ada kena hantar lagi beberapa dokumen tambahan. Insya Allah, semuanya akan selesai tak lama lagi dan saya dah boleh menetap di situ."
Itulah tutur penyanyi era 1980, Zaiton Sameon, 68, yang dijangka bakal mendapat bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dimohon dan dijanjikan kepadanya pada tahun lalu iaitu PPR Sri Aman di kawasan Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur, tidak lama lagi.
Kata Zaiton, kini semua urusan berkaitan permohonan rumah PPR itu masih dalam proses dan difahamkan berjalan lancar apabila beberapa dokumen tambahan juga sudah dihantar kepada pihak berkenaan.
Tambahnya lagi, berikutan faham ramai orang lain juga ada memohonnya, jadi dia perlu bersabar saja sekarang sehingga segala urusan permohonan mendapatkan rumah PPR terbabit selesai.
Mengulas pula kunjungan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ke kediaman sewanya hari ini, penyanyi lagu 'Menaruh Harapan' dan 'Kabut Serangkai Mawar' itu mengakui, dia berasa amat terharu.
"Saya terharu dan bersyukur apabila beliau (Fahmi) sudi datang menziarah saya yang bernasib mal@ng ini di kediaman sewa yang serba sederhana ini.
"Memang saya tak sangka pun beliau sanggup meluangkan masa datang sendiri menyantuni saya untuk menghulur bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan meraikan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
Dalam pada itu, Zaiton berkata, dia sangat berterima kasih kepada pihak-pihak dan agensi tertentu yang prihatin dengan nasib artis susah sepertinya yang memang memerlukan bantuan seperti kewangan.
"Apapun, saya akui sebenarnya ada merasakan lirik lagu 'Menaruh Harapan' itu memang kena dengan kisah hidup saya ini. Ditambah, kadang-kadang saya terfikir juga yang orang ramai sudah melupakan saya.
"Bagaimanapun, bila tahu ada menteri tiba-tiba nak datang berjumpa dan menziarah saya di rumah hari ini, saya anggap ia adalah satu penghormatan bermakna buat saya," ujarnya.
Sebelum ini, Zaiton ditemui media pada program Ziarah Seni Madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 2024 yang disertai Fahmi di kediaman wanita itu di Apartmen Sri Baiduri, di sini.
Difahamkan, Zaiton yang menetap bersama keluarga anak angkatnya dikenali Che Sikah Ismail atau Ika, 48, sejak 11 tahun lalu iyu menyewa di kediaman berkenaan dengan kadar sewa sebanyak RM1,000 sebulan.
Pada 1990-an lalu, Zaiton pernah mengal@mi kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor serta mengakib@tkan anak lelaki tunggalnya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun meninggal dunia.
Zaiton mengal@mi keced£raan par@h di bahagian kepala hingga k0ma dan menyebabkan dia juga hilang ingatan sementara, namun kini keadaan kesihatannya di tahap stabil.
Untuk makluman, Zaiton juga adalah penerima Kad Orang Upaya (OKU) menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan pada 14 November 2022 lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment