04 April 2024

BELLA ASTILLAH AKUI SUDAH PENAT - ALIFF AZIZ ENGGAN BERCERAI, SEDAYA UPAYA SELAMATKAN RUMAH TANGGA DEMI ANAK-ANAK



"Saya sebenarnya sudah penat dan tak sangka dengan keputusan hari ini. Saya ingatkan semuanya akan selesai hari ini.

"Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai berai. Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah?

"Perceraian adalah perkara yang paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan bertahun-tahun. Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini."

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang terk£jut dengan keputusan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz apabila memilih untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang sudah dibina hampir lapan tahun.

Ujar Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia sudah penat apabila perlu melalui proses perceraian yang panjang.

Dalam pada itu, Bella turut mengulas mengenai keputusannya sebelum ini dimana dia memilih untuk memaafkan Aliff meskipun sudah beberapa kali berl@ku cur@ng terhadapnya, menjelaskan, setiap orang mempunyai had tersendiri dan pintu kemaafan sentiasa terbuka.

Klik untuk gambar besar

"Macam Bella katakan dulu setiap orang ada had masing-masing. Selagi mana saya mampu, saya akan maafkan walaupun ada yang kata saya bod0h dengan keputusan mempertahankan rumah tangga.

"Kalau betul Alif masih sayangkan perkahwinan, anak-anak dan saya, kenapa dia buka a1b saya sedangkan saya nak simpan cerita itu sehingga m@ti," tuturnya.

Sementara itu, peguam diwakili Bella iaitu Azmi Mohd. Rais, memaklumkan, Aliff selaku d£fendan enggan melafazkan cerai kerana memerlukan lebih banyak masa untuk berfikir.

"Hari ini adalah tarikh sebutan kedua dan d£fendan (Aliff) hadir bersama peguamnya untuk menyatakan pendirian sama ada ingin bercerai atau tidak, namun ternyata d£fendan tidak bersetuju.

"Jadi kami memohon mahkamah untuk menasihati d£fendan mempertimbangkan keputusannya selepas mengambil kira perbal@han dan peristiwa yang berl@ku sehingga tular di media sosial.

"Hakim kemudiannya menasihati Aliff untuk memikirkan semula keputusannya namun dia bertekad untuk tidak menceraikan Bella kerana dia perlukan lebih masa," maklumnya.
Berhubung keputusan itu, Aliff ketika ditemui memberitahu, dia memilih untuk tidak menceraikan isterinya demi anak-anak, selain mengaku melakukan banyak kesil@pan, namun keputusan untuk berpisah bukan pilihan yang boleh dibuat dalam tempoh singkat.

"Saya akan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga saya demi anak-anak. Saya rindukan mereka. Saya akui sudah melakukan banyak kesil@pan sebelum ini dan begitu juga dengan dia.

"Tapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dibuat secara terbvru-bvru, tanpa memikirkan jangka masa panjang dalam segala hal.

"Saya berterima kasih dengan sokongan semua pihak. Cuma dalam hal memb@bitkan rumah tangga, tidak sepatutnya ada peng@ruh luar," katanya.

Selain itu, ditanya pula mengenai dakwaan Bella yang mengatakan dia pernah menyatakan hasrat untuk berpisah, Aliff bagaimanapun memohon diberi ruang agar prosiding di mahkamah berjalan lancar.
"Macam yang saya katakan situ@si sekarang sangat berc@mpur b@ur. Jadi saya mohon jasa baik rakan-rakan media untuk beri ruang supaya pros£dur ini berjalan seperti yang dirancang di mahkamah.

"Apapun mohon doa untuk perkahwinan kami," ujar penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu dimana dia enggan melafazkan cerai terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini, walaupun isterinya itu bertekad untuk bercerai.

Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan k£s itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan 4 Jun ini bagi status laporan JKP.

Dalam pada itu, Hakim Syarie Wan Mohd Najib Hamat mengarahkan pasangan itu melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi JKP.

Difahamkan, Bella melantik kakak angkatnya sebagai wakil, manakala Aliff menamakan ibunya, Siti Hafiza.

Untuk makluman, pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: