04 April 2024

ISMA ALIFF HARAP HATI ANAK-ANAK TERBUKA UNTUK DATANG MENZIARAHINYA DI AIDILFITRI INI



Sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal disambut nanti, artis serba boleh era 1980-an iaitu Isma Aliff mengharapkan kehadiran dua anaknya, Nor Ismalina dan Mohd Alif, agar dapat menziarahinya.
Kata Isma Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Latiff Ismail, 60, dia terlalu merindui anak-anaknya itu kerana kedua-dua mereka sudah lama tidak bersamanya.

"Sebelum ini pun mereka dah ber£nggang dengan saya. Malah saya pernah hubungi mereka menerusi telefon tapi tak berjawab. Tak tahu apa mas@lahnya. Nak kata ada sal@h dengan saya, memang tiada.

"Saya tak pernah mar@h mereka. Dengan isteri pun tak pernah. Tak tahu kenapa benda ini terjadi. Tuhan dah aturkan begini. Saya pula kena t@nggung mak selagi hayatnya masih ada dengan keadaan lumpuh.

"Isteri saya pun tinggal bersama dulu. Dia ada bersel1sih faham sikit dengan mak. Jadi anak-anak pun ikut ibunya. Saya pun tak kisah," jelas pelakon filem 'Kembar Siam' pada 1989 ini.

Dalam pada itu, Isma turut mengakui kesil@pannya atas apa yang terjadi dan tidak menyal@hkan sesiapa atas apa yang berl@ku.

"Sebelum ini kami tak tinggal dengan mak. Dia tinggal seorang diri. Anak saya yang perempuan pun dah kahwin dan saya bersyukur tanggungjawab saya dah lepas.

"Anak kedua dengan isteri di Perak. Saya tak mar@h dengan anak sulung tapi kecil hati dengan suaminya. Sebabnya dia sebagai khalifah mesti ada tanggungjawab dalam perkara ini.

"Sempena Syawal ini saya doakan yang baik-baik untuk mereka. Rumah tangga kekal hingga ke jannah. Semoga hati mereka terbuka. Datang sahaja bila-bila masa. Saya pun tiada mar@h apa-apa," katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai kesihatannya, Isma yang pernah ditidurkan di Hospital Ampang selepas dik£san mengal@mi j@ngkitan pada jantung dan paru-paru serta dis£rang angin ahmar pada Disember lalu, berkata, kesihatannya semakin beransur pulih.

"Dulu saya pakai tiub dan cakap pun orang sus@h nak faham. Sekarang bercakap pun makin okey. Saya buat sesi terapi di rumah dengan bantuan adik, Shamsidah Ismail.

"Bulan Mei nanti baru saya kena jumpa doktor semula. Shamsidah uruskan saya dan mak. Dia berk0rban walaupun ada keluarga sendiri," tuturnya yang ditemani Shamsidah.

Isma yang berkongsi hasratnya itu ketika ditemui pada program Raikan Ramadan anjuran Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie dan isteri, Datin Seri Norazlin Abu Bakar dari Fazil Group di Restoran Haslam, di sini semalam.

Dia bersama beberapa artis lain iaitu Zaiton Sameon, Mak Jah, A. Galak, Ebby Yus, Roy Ratnaku, Zack Taipan, Paparock dan Dollah Cantek, turut menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan oleh Fazil dan Norazlin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: