"Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, Insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik. Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang p0sitif. Moga-moga semua mendapat kebaikan."
Ujar ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil yang memohon orang luar mendoakan yang terbaik untuk anak lelakinya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz apabila memilih untuk tidak melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah, hari ini.
Dalam masa sama, Hafiza yang hadir menemani anak tercintanya itu turut mengajak orang ramai untuk berbuat perkara yang baik di 10 malam terakhir Ramadan bagi mendapatkan lebih kebaikan.
Bagaimanapun, Ibu Aliff itu enggan menjawab segala pertanyaan neg@tif, termasuk tind@kannya tidak lagi mengikuti akaun Instagram Bella.
"Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap mengenai yang neg@tif, saya mahu yang p0sitif sahaja," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai perbandingan dirinya dengan ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail yang dilihat lebih tenang dan bersikap rasional, Hafiza hanya melahirkan rasa syukur dan menganggap dirinya ibu kepada Aliff sahaja.
"Fasal itu tiada komen, saya hanya syukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz," tuturnya.
Sebelum ini, Aliff enggan melafazkan cerai terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini, walaupun isterinya bertekad untuk bercerai.
Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan k£s itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan 4 Jun ini bagi status laporan JKP.
Untuk makluman, pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment