04 April 2024

KEADAAN KESIHATAN SEMAKIN SIHAT - DIN GLAMOR HARAP DAPAT PELUANG KERJA & BANTUAN RUMAH PPR



"Hidup saya dan keluarga sekarang memang sus@h apabila sudah lama tidak bekerja, ditambah s@kit pula pada September tahun lalu dan pendapatan terputus. Ditambah, sewa rumah ini pula perlu dibayar sebanyak RM1,200 sebulan.
"Jadi, saya berharap sangat dapat diberikan peluang pekerjaan untuk mengarah sebab keadaan kesihatan saya pun semakin sihat, kira-kira 99 peratus. Saya kini boleh berjalan, bercakap dan berfikir dengan baik lagi."

Itulah kata pelakon dan pengarah, Din Glamor yang berharap dia mendapat peluang pekerjaan kerana kini berhad@pan mas@lah kewangan dan pernah mengal@mi sewa rumah tertungg@k selama enam bulan pada tahun lalu.

Jelas Din atau nama sebenarnya, Sallehuddin Ridzuan, 63, ketika ditemui, dia sudah lebih tiga tahun tiada tawaran kerja, apatah lagi, tahun lalu disahkan menghid@pi mas@lah paru-paru selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Ditanya pula mengenai rumah, Din berkata, dia sudah dua kali membuat permohonan untuk memperoleh rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi kouta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta melalui Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), namun mengecewakan.

"Saya hantar permohonan rumah PPR sebanyak dua kali kepada Seniman dan dua kali juga kepada FDAM, namun tiada lagi rezeki saya hingga kini. Saya juga ada membuat permohonan terus berkaitan rumah PPR kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tapi diberitahu perlu menunggu giliran panjang.

"Saya amat memerlukan rumah dengan sewa bulanan yang mampu dibayar kerana sudah begitu banyak mengharapkan bantuan sumbangan daripada keluarga isteri saya apabila berhadapan mas@lah kewangan.

"Anak sulung, Yasmin Farhana hanya bekerja swasta dan anak bongsu, Mohd Ashraf Azhari masih belajar di universiti, jadi seorang saja di rumah yang bekerja. Tapi, mujur juga saya dapat bantuan daripada Pusat Zakat sebanyak RM600 sebulan.

"Daripada duit itu (bantuan zakat) yang membantu bayar sebahagian sewa rumah. Malah, disebabkan ini kediaman kondominium, maka saya juga perlu membayar perkhidmatan utiliti bulanan sebanyak RM200 sebulan," jelasnya.

Dalam pada itu, Din memberitahu, dia merayu diberikan peluang pekerjaan dan sudah menyuarakannya kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang berkunjung ke kediamannya di sini, bersempena Program Ziarah Seni Madani, hari ini.

"Saya kata pada menteri, bantulah saya untuk peluang kerja. Harapnya jangan sampai di sini saja (ketika ziarah) dan selepas itu dilupakan. Saya memang betul-betul nak kerja," tuturnya.

Pada program ziarah itu, Din dan keluarga menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan bagi keperluan meraikan sambutan hari raya Aidilfitri.

Untuk info, Din cukup dikenali sebagai pelakon pada era 1990-an, pernah membintangi filem 'Sejati', 'OK' (Orang Kampung Otak Kimia) dan banyak lagi.

Dia bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Nooorin@Nor Ain Saad, 59, yang juga seorang penulis skrip. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Yasmin Farhana, 30, dan Mohd Ashraf Azhari, 27.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: