05 April 2024

SELEPAS 8 TAHUN MENDUDA - ALONG CHAM KEMBALI BERGELAR SUAMI



"Bismillah. Assalamualaikum Sayang. Berkat doa kalian selama ini," tulis pelawak Along Cham dimana dia kini sudah selamat kembali bergelar suami selepas lapan tahun hidup menduda.
Berita gembira yang dikongsikan oleh Along di Instagam miliknya petang semalam ini menyaksikan pelawak itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid.

Dalam perkongsian tersebut, Along yang tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkahwinannya itu juga dilihat menggenakan busana serba putih sedondon bersama pasangannya.

Untuk makluman, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron pada 23 Januari 2010, namun bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad dan Zila dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel kini berusia 13 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: