05 April 2024
IBU BELLA ASTILLAH ENGGAN KOMEN, MAHU SELESAIKAN BERSAMA KELUARGA
Semua sedia maklum mengenai k£s dimana adik kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah didakwa cur@ng dengan suami kakaknya yang juga abang iparnya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Berhubung k£s cur@ng anaknya itu, ibu Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya berkata, dia akan menyelesaikan k£s terb@bit bersama keluarga.
"Saya tak nak komen soal itu, nanti kami akan selesaikan antara keluarga sahaja," ujarnya ketika ditemui pada sebutan kedua kes perceraian Bella di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, semalam.
Ditanya pula mengenai k£s perceraian Bella, jelas Siti Zarina, dia hilang kata-kata apabila Aliff memilih untuk tidak menceraikan Bella semalam kerana ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya akan terus berada di belakang Bella. Saya tak suka kongsikan mas@lah dalam media sosial. Sebab itulah, saya lebih banyak mendiamkan diri. Hanya Bella dan saya tahu apa yang saya buat untuknya," katanya.
Sebelum ini, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, mendedahkan suaminya berl@ku cur@ng sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya.
Dakwa Bella, dia mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan cur@ng suaminya itu. Katanya lagi, Aliff dan adiknya itu bertukar mesej meminta hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
Malah tambah Bella lagi, adiknya itu juga pernah temankan Aliff ke Gegar Vaganza. Ekoran itu, kata Bella, dia s@nggup membu@ng adiknya dan tidak lagi pulang ke Sabah kerana terlalu menyanjungi suaminya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment