07 April 2024
"AKHIRNYA SAYA DAPAT BERHENTI MEROK0K LAGI SELEPAS BERHAD4PAN UJ1AN KESIHATAN..." - DIN GLAMOUR AKUI 40 TAHUN PEROK0K T£GAR, SEHARI SAMPAI TIGA KOTAK
"Saya menjadi perok0k t£gar selama 40 tahun dan dalam sehari mampu habiskan dua hingga tiga kotak rok0k. Memang dah jadi kebiasaan dan boleh dianggap sebagai tabi@t harian
"Namun, dengan kuasa Allah akhirnya saya dapat berhenti merok0k lagi selepas berhad@pan uj1an kesihatan mas@lah paru-paru dan menjalani pemb£dahan.
"Alhamdulillah, sampai sekarang saya dah berjaya buang tabi@t merok0k dan badan pun semakin sihat. Saya jadi lebih bersemangat dan apabila berjalan atau banyak bercakap, tak cepat rasa penat.
"Kalau suruh saya berlari naik tangga pun boleh buat," jelas pelakon dan pengarah, Din Glamour, 63, yang akur pada ketentuan takdirnya, dimana dia diduga dengan mas@lah paru-paru pada September tahun lalu sehingga perlu menjalani pemb£dahan.
Selain itu, Din atau nama sebenarnya, Sallehuddin Ridzuan, juga tiada tawaran kerja lebih tiga tahun lalu dan kehidupan sekeluarga umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Dalam pada itu, Din berkongsi, dia sangat kuat merok0k sejak usia muda dan sepanjang terb@bit dalam karier seni yang bekerja tidak tentu masa.
Ditanya mengenai pandangan 'sk£ptikal' segelintir masyarakat yang mendakwa penggiat seni dulu tak beringat untuk hari tua, Din men£pis dengan alasan bayaran pendapatan diterima bukan gaji bulanan.
"Menjadi penggiat seni ini, sumber pendapatan kami tidak menentu. Kami tak dapat gaji setiap bulan dan itu yang kebanyakan orang tidak tahu. Contohnya, kalau bulan ini dapat bayaran RM10,000, ia adalah perbelanjaan untuk tiga hingga empat bulan akan datang.
"Selain itu, ia juga bukan kerana sikap bor0s berbelanja, tapi memang tak dapat menyimpan sebab terikat dengan pelbagai komitmen lain seperti sewa rumah, pinjaman kereta dan sebagainya," kata bapa dua anak ini.
Sementara itu, Din ketika ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, berkata, setiap tahun dia, isteri dan anak-anak hanya meraikan secara sederhana mengikut kemampuan serta tidak pernah pulang beraya ke kampung.
"Ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan kalau balik kampung pun tiada apa. Macam itu juga isteri saya, dah lama tidak balik beraya di Pulau Pinang kerana semua adik-beradiknya pun dah menetap di Kuala Lumpur.
"Jadi, hari raya atau tidak, saya bersama keluarga meraikannya biasa saja dengan juadah dimasak hanya untuk menjamu kami sekeluarga di rumah. Itu lebih menyenangkan, mudah dan saya selesa," tuturnya.
Din dikenali sebagai pelakon pada era 1990-an dan pernah membintangi filem Sejati, 'OK (Orang Kampung Otak Kimia)' dan banyak lagi dengan watak komedi.
Untuk makluman, Din bertemu jodoh dengan Nooorin@ Nor Ain Saad, 59, yang juga seorang penulis skrip. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Yasmin Farhana, 30, dan Mohd Ashraf Azhari, 27.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment