07 April 2024

AL-FATIHAH - PEMAIN GITAR HIMALAYA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 7 pagi, hari ini, pemain gitar kumpulan Himalaya iaitu Pitt, 47, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), akib@t mas@lah jantung.
Pitt atau nama sebenarnya, Mohd Fitri Mohd Noor meninggalkan isteri, Fatin Amira Sanusi, 32, serta tujuh anak berusia dua bulan hingga 12 tahun. Difahamkan, Fatin juga tidak bekerja dan suri rumah sepenuh masa.

Dalam pada itu, adik ipar Allahyarham, Farah Wahida, 28, ketika dihubungi memberitahu, dia dihubungi kakaknya pagi tadi, memaklumkan abang iparnya itu sudah meninggal dunia.

"Kakak dan anak-anaknya tak sempat nak pergi beli baju raya pagi ini sebab abang ipar sudah meninggal dunia.

"Pada mulanya, kakak beritahu arwah mengadu tangannya keb@s dan kemudian dia sakit dada hingga naik ke kepala sebelum tidak sedarkan diri," katanya.

Jelas Farah lagi, selepas selesai urusan bed@h si@sat, jenazah dimandi dan disolatkan di surau KM 6, Jalan Cheras, di sini, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Fasa 2.

Terdahulu, Allahyarham yang bekerja membantu rakannya menyel£nggara pendingin hawa dengan pendapatan tidak seberapa mengal@mi kesul1tan dan sangat memerlukan rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Allahyarham juga dilaporkan menghidap sakit jantung sejak 2021 dan pernah dimasukkan ke Hospital Serdang sebelum ini.

Selain Pitt, kumpulan Himalaya yang bernaung di bawah syarikat rakaman New Southern Records (NSR) turut dianggotai oleh Foo Art (penyanyi), Din (gitar), Wan (bass) dan Zack (drum).

Mereka popular menerusi lagu 'Junaidah 365' dari album pertama Nombor Satu yang diterbitkan pada 2001 yang memasuki carta lagu-lagu popular radio serta beberapa kali menjuarai Carta Era. Himalaya turut menghasilkan album kedua berjudul Bukan Dongengan pada 2003.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: