13 April 2024

AL-FATIHAH - DOLLAH CANTEK KEMBALI LE RAHMATULLAH



Pada jam 8.40 pagi hari ini, pengacara Dollah Cantek, 47, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sentul Point Suit Apartment, di sini.
Bagaimanapun, punca kematian Dollah atau nama sebenarnya, Abdullah Ibrahim masih belum dipastikan dan menanti keputusan for£nsik.

"Pihak waris dan keluarga terpaksa menunggu keputusan for£nsik bagi menetapkan urusan pengurusan jenazah Allahyarham yang dijangka selesai pada jam 5 petang.

"Solat Jenazah diadakan di Surau Silaturahim Batu 11, Jalan Gombak pada jam 6.30 petang. Seterusnya akan di kemas kini semula dari semasa ke semasa," maklum sumber terdekatnya.

Pemergian Allahyarham turut dirat@pi selebriti tanah air termasuk Datuk Aznil Nawawi, Amir Raja Lawak, dan lain-lain.

"Orang lama ini. Masa saya mula dengan Raja Lawak 3, saya mula kenal Abang Dollah. Orang industri seni pun ramai kenal dia. Dia kalau datang kat peserta-peserta yang bertanding, dia akan ckp 'layan jee' dan selalu cakap senyum.

"Semua itu dia tak bagi peserta-peserta rasa 'd0wn' atau 'nerv0us'. Baik sangat arwah Abang Dollah ini, peramah dengan orang, suka menyak@t bergurau.

"Semoga ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga buat Abang Dollah, Amin," kata Amir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: