13 April 2024

BEKAS MENTUA PUTERI SARAH : "MENANTU & BESAN SEHINGGA AKHIR HAYAT KAMI"



Sehingga kini, pelakon Puteri Sarah Liyana masih menjalin hubungan baik dengan keluarga bekas mentuanya, meskipun sudah berpisah dengan bekas suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Sempena hari raya baru-baru ini, Puteri Sarah tetap meraikannya bersama bekas keluarga mentuanya. Malah, bekas ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail turut memuat naik gambar bersama keluarga Puteri Sarah.

Dalam masa sama, Datin Patimah meluahkan rasa sangat bersyukur ikatan terjalin antara mereka tetap utuh, selain turut sentiasa berdoa hubungan terb@bit akan kekal sampai bila-bila.

Menerusi hantaran itu, Datin Patimah turut menulis kapsyen mengatakan Puteri Sarah dan ibu bapanya merupakan menantu serta besannya sehingga ke akhir hayat.

"Menantu dan besan sehingga akhir hayat kami. Anak tetap sayang, sokongan kami sepenuhnya untuk Puteri Sarah dan anak-anak.

"Sarah dan cucu-cucu sentiasa dalam doa mama, semoga dilindungi Allah SWT walau dimana berada," katanya.

Perkongsian Datin Patimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan beliau dan suaminya, penerbit, pengarah dan pelakon Datuk Yusof Haslam, contoh ibu bapa mentua yang baik.

Justeru itu, ramai mendoakan agar hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke syurga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: