13 April 2024

STATUS HUBUNGAN DENGAN ASLAM - MISYA SAHKAN MASIH ISTERINYA, SAMBUT RAYA BERSAMA



Madu kepada pemp£ngaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tampil mengesahkan dia dan Aslam masih lagi bergelar suami isteri.
Misya berkata demikian bagi menjawab segala tanda tanya netizen mengenai status hubungannya dengan Aslam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Misya dilihat menyambut hari raya bersama suaminya, selain turut menjelaskan sebelum ini dia tidak mendedahkan perkara itu atas asbab tertentu.

"Yang bertanya, ya. Kami masih bersama, Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu. Bukan sebab 'competition', 'jealousy' dan lain-lain.

Klik untuk gambar besar
"Untuk kenangan dan meng£lak fitn@h hari ini, Misya muat naik gambar raya bersama yang diambil masa Hari Raya pertama," tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Misya berkata, sebagai wanita yang bijak, dia memilih tidak memanjangkan perdebatan.

"Seorang wanita yang bijak memilih berhenti bertel@gah kerana Allah, dengan seseorang yang jelas ditunjukkan mereka enggan mendengar atau memahami. Tiada b£nci," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: