13 April 2024

SAMBUT RAYA BERSAMA ANAK TIRI - INDAH RUHAILA JELAS HUBUNGAN MEREKA SERASI



"Selalunya anak-anak akan beraya dengan bekas isteri suami tapi tahun ini mereka memilih untuk beraya dengan kami.
"Mereka pun sudah besar, yang sulung berusia 15 tahun dan yang kedua berusia 11 tahun, jadi mereka boleh memilih.

"Jadi tahun ini saya agak teruja sebab dapat buat persiapan untuk anak-anak. Mereka memilih untuk beraya bersama kami."

Kongsi penyanyi Indah Ruhaila mengenai pengalaman menyambut Aidilfitri dengan dua anak tiri hasil perkahwinan terdahulu suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik.

Menurut Indah atau nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussein, 36, inilah keunikan Aidilfitri tahun ini, selepas berpeluang menyiapkan keperluan serta menyambutnya bersama mereka.

Jelasnya lagi, hubungannya dengan dua anak perempuan yang meningkat dewasa sudah dianggap seperti kawan dan mudah serasi.

"Alhamdulillah hubungan saya dan anak-anak rapat walaupun mereka menetap bersama ibu mereka, tapi kami ada keluar bersama-sama. Saya ini seperti kawan mereka, sebab mereka pun anak-anak yang senang 'masuk'.

"Mereka pun memanggil saya 'Mommy Monster', bukan sebab saya garang tapi sebab saya comel," katanya sambil tertawa, selain turut berkata, dia menyiapkan baju sedondon iaitu warna hitam untuk dua beradik itu.

Untuk makluman, Indah dan Ahmad Shariff berkahwin pada 24 Disember 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: