"Sayang mama dan papa dunia akhirat. Terima kasih selama ni menjaga Sarah dan anak-anak serta sayang saya seperti anak sendiri."
Itulah ujar pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, yang masih meneruskan tradisi berkunjung ke rumah mertuanya, penerbit Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail sempena Aidilfitri.
Paling menyentuh hati ramai apabila melihat momen Puteri Sarah dan dua anaknya, Syaikhul serta Sumayyah bersalaman dan memeluk Patimah yang dilihat sama-sama menitiskan air mata.
Dalam pada itu, ada netizen mempers0al kelibat bekas suami Puteri Sarah iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang tidak kelihatan beraya dengan keluarganya.
Meskipun begitu, netizen bersyukur Puteri Sarah tetap disayangi sepenuhnya dalam keluarga terb@bit.
"Kadang-kadang terfikir bagaimana tergamak Syamsul tak pulang jenguk ibu bapanya. Mungkin mereka sahaja yang tahu situasi sebenar.
"Agaknya apa kebaikan yang dilakukan Puteri Sarah sehingga dapat mentua baik begini. Sangat beruntung!" komen netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment