13 April 2024

KENANG MOMEN BERSAMA - ZIZAN AKUI PEMERGIAN ARWAH NENEK BERI IMP4K



"Dari sebelum C0V1D dan nenek meninggal pada 2020, saya rasa perubahan raya sangat luar biasa. Saya balik rumah arwah nenek di Terengganu pun, saya masuk rumah dia rasa lain.
"Selepas arwah nenek tak ada, saya dah tak beraya sangat. Lebih banyak berehat saja. Pemergiaan nenek memberi imp@k besar kepada saya dan ibu saya.

"Kita memang dah tak beraya seperti dahulu. Banyak kenangan di rumah arwah, Dungun sebab saya lahir dalam bilik arwah. Saya lahir di Dungun tapi membesar di Terengganu tapi setiap hujung minggu balik Dungun.

"Saya memang luangkan masa dengan nenek sampai besar tapi bila dah jadi artis agak rengg@ng sikit sebab saya sibuk, itu buat saya agak terkil@n."

Demikian kata pelakon dan pengacara Zizan Razak yang mengakui pemergiaan arwah neneknya empat tahun lalu itu memberi impak yang besar dalam menyambut Aidilfitri.

Jelas Zizan lagi, bukan dia sahaja, malah ibunya juga turut sugul setiap kali beraya terkenangkan arwah nenek yang sudah tiada.

Dalam pada itu, Zizan menganggap raya sebagai waktu berehat, selain memberitahu, kepulangannya ke kampung halaman di Terengganu sekadar menjenguk bapanya yang berada di sana.

"Memang dah beberapa tahun saya tak balik kampung. Selepas pemergian nenek saya, saya banyak duduk di KL. Tapi kalau balik pun mungkin untuk berjumpa bapa saya di Terengganu.

"Cuti saya tak lama, jadi sudah tentu saya akan luangkan masa bersama ibu di rumah. Bagi saya, raya ini la waktu saya berehat dan ada masa dengan keluarga," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: