13 April 2024

TAMPIL BERTUDUNG - LANA NODIN DIPUJI CANTIK



Penampilan pelakon Lana Nodin baru-baru ini telah menarik perhatian apabila tampil imej bertudung ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Perkongsian Lana yang memuat naik rakaman video menerusi Instagram (IG) itu menerima komen p0sitif daripada warga maya.

Rata-rata peminat memuji penampilan terbaharu pelakon itu yang dilihat lebih manis dan sopan, selain ada mendoakan Lana supaya istiqomah untuk berubah ke arah lebih baik.

Bukan saja peminat, malah ada juga rakan selebriti yang turut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon drama 'Suamiku Lelaki Pend0sa' itu.

Lana bagaimanapun dilihat telah menghadkan ruangan komen, malah pelakon itu juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai penampilan terbaharunya itu.

Untuk makluman, Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: