"Alhamdulilah selamat melahirkan my little princess subuh tadi 🥹💕
"Welcome to the world sayangku, I love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg."
Demikian tulis pelakon Uqasha Senrose yang kini sudah bergelar ibu apabila selamat melahirkan anak sulungnya, perempuan seberat 2.72 kilogram awal subuh tadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Uqasha di Instagram miliknya dimana dia turut memuat naik gambarnya berada di hospital bersama anak sulungnya itu, namun tidak didedahkan wajahnya lagi.
Klik untuk gambar besar
Selain Uqasha, Kamal turut berkongsi berita gembira itu di Instagram dengan memuat naik gambar bertiga iaitu dia bersama isteri dan anak perempuannya.
"Assalammualaikum sayang ❤️ selamat datang ke dunia anak ayah dan ibu.. Syukur kpd Allah..
"Terima kasih atas limpah kurnia yg kau berikan, jadilah anak terhebat dan solehah InsyaAllah..
"Tq so much @uqashasenrose n I love u both so much ❤️❤️ Terima kasih atas doa2 semua," tuturnya.
Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment