27 April 2024

HUJUNG TAHUN INI - FARISHA IRIS JELAS DIA TAK JADI KAHWIN SEBAB HUBUNGAN CINTA TELAH BERAKHIR



"Sepatutnya majlis perkahwinan kami berlangsung pada hujung tahun ini, tapi atas hal-hal tertentu tidak dapat diteruskan.
"Saya sudah mengenali jejaka ini lebih setahun. Keluarga saya pun sudah kenal dengan dia, tapi tiada jodoh dan saya masih berkawan baik dengannya."

Itulah jelas penyanyi Farisha Iris yang memberitahu, impiannya untuk menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini gag@l selepas hubungan cinta berakhir atas beberapa faktor peribadi.

Enggan berkongsi punca perpisahan dengan seorang usahawan yang dirahsiakan identitinya, Farisha berkata, mereka bagaimanapun masih berkawan baik.

Dalam pada itu, Farisha turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi sebab utama hubungannya dengan jejaka itu menemui titik n0ktah.

"Saya rasa tak baik untuk saya cerita sebab nanti ia membuka a1b pihak sana a1b pihak sini terkeluar, jadi biarlah saya simpan sendiri.

"Dia terlalu baik untuk saya, belum sampai seru untuk berkahwin. Mungkin bukan rezeki saya, sedih tu sedih tapi yang penting restu ibu bapa.

"Contoh jika keluarga kata tak okay, maksudnya tak okay. Saya sentiasa dengar kata keluarga dalam membuat keputusan," tuturnya.

Sementara itu, Farisha akui, dia s£rik untuk bercinta, meskipun kelihatan kuat berd£pan uj1an yang berl@ku.

Tambahnya lagi, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan komunikasi media di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Sekarang ini saya nak fokus belajar, tapi ris@u bila dah dapat ijazah kedoktoran nanti orang tak nak saya. Sekarang kalau berdoa saya lebih sp£sifik supaya jadi kenyataan, yang penting bertanggungjawab sebab saya tak nak makan sebutir nasi sahaja," katanya.

Sebelum ini, bekas peserta program Big Stage musim ketiga ini ada memuat naik foto sedang membuat tinjauan dewan kahwin di Instagram miliknya pada hujung tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: