21 April 2024

AYAH NIKAHI RAKAN SENDIRI - ANAK AFDLIN SHAUKI, MIA SARA RESTU



"Saya terima apa-apa perkara yang ibu bapa hendak buat untuk gembira. Saya ini siapa untuk cuba hal@ng sesuatu. Iya, saya anak ayah. Tetapi saya tidak mahu ibu bapa tidak gembira.
"Jika ayah saya gembira dengan kawan saya (isteri baharu), bagus untuk mereka. Saya tidak mahu hal@ng semua ini. Saya fikir sama juga untuk ibu bapa saya.

"Kalau mereka ada tanggapan saya bergembira untuk mereka, maka, saya pasti mereka juga tahu saya ada tanggapan supaya mereka gembira untuk saya... Situasi menang-menang."

Itulah ujar pelakon Mia Sara yang memberitahu, dia menerima dengan hati terbuka keputusan bapanya, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki kembali mendirikan rumah tangga.

Kata Mia, dia menyokong kedua ibu bapanya untuk mencari kebahagaian dalam hidup dan kerana itu, diabtidak ada masal@h apabila bapanya berkahwin dengan Marcella, meskipun jarak usia mereka 25 tahun.

Tambah anak Afdlin lagi, dia yang juga rapat dengan Marcella itu tidak menghal@ng perkara yang boleh menggembirakan ibu bapanya.

Untuk makluman, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow pada 1997, namun bercerai pada April 2022.

Hasil perkongsian hidup, Afdlin dan Maria dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: