21 April 2024

ADAKAN MAJLIS 'GENDER REVEAL' - UQASHA SENROSE & KAMAL ADLI BAKAL TIMANG 'BABY GIRL'



Pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose baru-baru ini telah mengadakan majlis 'Gender Reveal' yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha.
Menerusi majlis tersebut, Kamal dan Uqasha mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi, selepas empat tahun menantikan cahaya mata.

Dalam pada itu, kata Uqasha, dia sememangnya mengimpikan anak perempuan, selain mahu melihat kebolehan suaminya untuk menguruskan cahaya mata mereka nanti.

Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, saya tak boleh berhenti senyum bila tahu jantina anak saya. Saya nak anak perempuan sebab nak tengok Kamal jaga anak perempuan itu macam mana," tuturnya.

Sementara itu, Kamal pula berkata, dia tidak kisah mengenai jantina anak, meskipun berharap anak sulung mereka adalah lelaki.
Selain itu, pasangan ini turut menjelaskan, mereka sebelum ini tidak tahu mengenai jantina anak mereka, sebaliknya baru mengetahuinya pada acara berkenaan.

"Semua orang ingat kami sudah tahu, tapi sump@h kami tidak tahu dan sebab itu kami adakan majlis ini untuk kongsi bersama keluarga," katanya.

Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Sebelum ini, Uqasha mendedahkan pernah mengal@mi keguguran sebanyak dua kali.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: