"Setakat ini, Ayden dan Ara meraikan hari raya dengan gembira dan tidak bertanya langsung mengenai Aliff. Tiada apa-apa mas@lah sebab mereka pun memang rapat dengan saya, datuk, nenek dan semua ahli keluarga.
"Saya juga 'distr@ct' (alihkan perhatian) mereka dengan main bunga api, ajak kawan-kawan mereka datang ke rumah dan beri duit raya. Jadi, mereka sangat terhibur."
Itulah jelas pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, yang menyifatkan Aidilfitri diraikan dua anaknya, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4, tetap gembira serta tidak terganggu dengan ketiadaan bapa mereka, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.
Klik untuk gambar besar
Kata Bella lagi, anak-anaknya itu juga tidak bertanya mengenai ketiadaaan bapa mereka kerana lebih rapat dengan Bella selama ini.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai pertemuan Aliff dan anak-anak, Bella memberitahu, buat masa ini, belum ada kesempatan lagi untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama kerana sudah lama tidak berhubung.
"Ara dan Ayden tidak berkesempatan lagi berhari raya dengan bapa mereka kerana tiada perancangan untuk mempertemukan mereka sebab saya pun dah tidak berhubung langsung dengan Aliff.
"Malah, saya sendiri pun tak pasti sama ada Aliff ada berhubung dengan keluarga saya atau tidak. Lepas ke mahkamah hari itu, saya memang tak jumpa dan berhubung langsung dengan dia," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjayanya, Bella berkata, sekarang jadualnya sangat padat dan akan berangkat ke China dalam waktu terdekat ini untuk persembahan nyanyian bagi jenama kereta terkenal.
"Alhamdulillah, rezeki anak-anak dan saya sangat bersyukur. Apatah lagi, sekarang saya memang nak fokuskan pada urusan kerja dan tidak mahu terlalu komen mengenai isu rumah tangga yang belum selesai," tuturnya.
Selain itu, Bella enggan memberi komen ketika ditanya mengenai tind@kan Aliff yang memuatnaik sebuah video, dimana ia merakamkan dirinya sambil tersenyum dengan meletakkan lirik lagu menggambarkan dia kini mampu bernafas lega sejak seseorang itu tiada.
"No komen. Tak apalah mungkin dia suka dengan lagu itu, tapi saya tak pernah pun dengar dia menyanyi lagu berkenaan selama ini.
"Apapun, lagu yang saya muat naik di TikT0k juga bukanlah lagu bal@s. Sebaliknya, ia adalah untuk 'revi£w' pr0duk. Tapi, saya minta maaf pada semua kalau ada yang terasa dengan tind@kan saya itu," katanya.
Sebelum ini, kem£lut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemunc@knya selepas penyanyi dannpelakon dari Singapura itu didakwa berkhalw@t dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, namun pada 4 April lalu, Aliff enggan melafazkan talak pada sebutan k£s cerai berkenaan walaupun pada awalnya difahamkan bersetuju.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tarikh 4 Jun depan bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk k£s perceraian pasangan penyanyi dan pelakon sens@si ini.
TONTON VIDEO DI BAWAH :
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment