21 April 2024

AWIE MAHU ANAK-ANAK FOKUS PELAJARAN DULU, SEBELUM IKUT JEJAK LANGKAHNYA



"Saya tak pernah galakkan, tapi kalau dia berminat itu hak dia sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah belajar dulu.
"Insya-Allah, kalau dah okey semua daripada segi akademik, maka dia boleh menyambung dengan apa saja yang dia minat.

"Itu yang pertama. Tapi kalau nak paksa atau suruh anak ikut jejak langkah saya dalam bidang seni, tidak sama sekali.

"Malah, saya pernah bercakap dengan Merrah supaya jangan jadi penyanyi, sebaliknya berada di belakang tabir."

Demikian ujar penyanyi Datuk Awie Wings yang mahu semua anaknya itu menjadikan pelajaran sebagai fokus utama sebelum mempertimbangkan minat untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang hiburan.

Akui Awie, anak lelakinya iaitu Putra Ahmad Merrah, 17, mempunyai minat ke arah muzik, namun dia tidak pernah menggalakkan atau memaksa kerana mahu anaknya mendahulukan pelajaran.

Jelas Awie lagi, sebagai anak seni, dia lebih selesa anaknya berkecimpung sebagai pembikin berbanding penggiat.

"Jadi seorang pembikin dan bukan sebagai seorang penggiat. Hanya Merrah saja yang saya lihat minat menyanyi. Kakak-kakaknya mengambil kursus 'Event Management' dan 'Creative Visual'.

"Saya sendiri berada dalam bidang ini, jadi saya lebih suka mereka menjadi pembikin daripada penggiat. Apatah lagi jika tiada akademik, jadi bahan ketawa orang saja," katanya.

Terdahulu, video anak lelakinya itu bermain gitar menyanyikan lagu 'Seniman Menangis' yang dipopularkan Datuk Jamal Abdillah menjadi tul@r di TikT0k.

Menggunakan kapsyen 'Like Father Like Son', video berkenaan mengund@ng pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Untuk makluman, menerusi perkahwinan pertama, Awie dengan bekas isteri juga penyanyi, Arni Nazira, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, kini menuntut di universiti.

Kemudiannya, Awie berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14.

Awie yang juga pelakon filem 'Hantu Kak Limah' ini dipertemukan jodoh kali ketiga dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 35, pada 7 Oktober 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020. Awie juga bakal menimang bayi baharu apabila isterinya kini hamil lima bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: