22 April 2024

SELAMAT BERNIKAH - INI FAKTOR UTAMA SYASYA UNDUR DIRI DARI DOLLA



Nampaknya segala teka-teki mengenai kenapa bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya memilih untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut akhirnya terjawab.
Difahamkan, antara faktor utama Syasya tidak lagi bersama Dolla adalah kerana dia merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Hal tersebut disahkan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim yang tampil berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya.

"Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.

Klik untuk gambar besar
"Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

"Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini (semalam).

"Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama DOLLA," katanya yang juga berharap berita itu dapat menamatkan segala sp£kulasi yang beredar.
"Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

"Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala sp£kulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA," ujarnya.

Sebelum ini, dua minggu lalu, kumpulan Dolla telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan mengenai pengunduran ahli mereka iaitu Syasya atas sebab peribadi.
Terbaru, Syasya dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga selepas peminat Dolla memuat naik perkongsian gambar di Instagram, dimana ia memaparkan Syasya mengenakan busana serba putih di masjid bersama seorang lelaki.

Akaun tersebut turut menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat Syasya dan pasangannya serta mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan.

"Congratulations once again Syasya and husband. Awhhh congratulations Syasya. Im so happy for you. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Kepada your husband – Please jaga Syasya kiteorang baik-baik okay. IDOLLA love her and miss her so much," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: