23 April 2024

DAKWAAN ISTERI - IPPO HAFIZ TAMPIL NAFI : "PADA SAYA BILA BANYAK FITN4H, LEBIH BAIK KITA SERAHKAN DI MAHKAMAH SAJA"



Isteri kepada komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz, 34, iaitu Fara Roslan, 36, telah mendakwa suaminya itu gag@l untuk dihubungi bagi berjumpa anak kedua mereka, Ibrahim Afi Nur, 2, yang kini di bawah jagaannya.
Berhubung dakwaan itu, Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz tampil men£pis dengan berkata, dia juga masih menetap di kediaman yang sama, cuma kadang-kala tiada di rumah kerana ada kerja di tempat lain.

"Saya menafikan kenyataan Fara termasuk segala tohm@han fitn@h yang berl£gar di laman sosial. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan cerita di sana saja. Ini kerana, saya bukan jenis yang suka nak bercerita di media sosial.

"Tapi, kalau dia (Fara) ada bukti (dakwaan tak dapat dihubungi) boleh tunjukkan di mahkamah dan bukan media sosial. Apapun, dia lebih tahu apa yang sebelum ini kami bincangkan. Pada saya bila banyak fitn@h, lebih baik kita serahkan di mahkamah saja," ujarnya.

Jelas Ippo lagi, dia dan isterinya itu ada berhubung untuk bertanya mengenai anak pertama mereka dan Fara sebenarnya lebih tahu apa yang berl@ku di antara mereka.

"Kita ada berhubung untuk bertanya mengenai anak pertama (kini tinggal bersama Fara). Bagi saya, sebagai 'public figure' memang saya tak suka cerita peribadi diandaikan oleh pihak lain sebab mereka tak faham apa yang kita al@mi.

"Tapi, buat masa ini saya menikmati saja masa dengan Ibrahim dan dia gembira bersama dengan saya dan ya, memang saya menjaga Ibrahim sendiri," katanya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pagi ini.

Ippo hadir bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan kedua tuntutan nusyuz yang difailkannya pada 12 Mac lalu terhadap Fara yang didakwa keluar dari rumah mereka sejak November, tahun lalu.

Selain itu, Ippo turut menjawab pertanyaan adakah dia masih ada perasaan sayang terhadap isterinya itu, dimana dia berkata, sebagai pasangan suami isteri mestinya ada dan suk@r untuk dilepaskan begitu saja.

"Sus@h saya nak cakap mengenai perkara itu (masih sayang) secara terp£rinci. Tapi, t1pulah kalau tiada perasaan sayang. Sebagai keluarga, memang kita ada perasaan sayang tapi, apa yang boleh saya cakap, minta semua doakan yang baik-baik.

Klik untuk gambar besar
"Lagipun, dia (Fara) masih isteri saya dan saya menghormati dia, jadi lindungilah juga maruah suami," tuturnya.

Sementara itu, Fakhrul yang mewakili anak guamnya memaklumkan, prosiding seterusnya k£s pasangan terb@bit akan berlangsung pada 24 Jun depan.

"Pada pagi ini, hanya defendan (Fara) hadir tapi peguam tak hadir. Namun, pembelaan sudah difailkan. Tapi, mahkamah tidak pu@s h@ti dengan ketidakhadiran (peguam), jadi mahkamah mengarahkan supaya tarikh akan datang untuk peguam hadir.

"Jadi prosiding hari ini t@ngguh dan kami perlu failkan jawapan kepada pembelaan pada 24 Jun depan," jelasnya.

Disamping itu, ditanya pula sama ada isteri Ippo ini sudah memfailkan perceraian dan hadanah, Fakhrul memberitahu, pihaknya masih menunggu penyerahan daripada pihak wanita itu.

"Difahamkan Fara sudah failkan cerai, tapi kami belum terima maksud penyerahan belum sampai pada pihak Ippo dan kami masih menunggu. Begitu juga, hadanah sudah difailkan, tapi tak dapat sebarang n0tis dari mahkamah berkaitan dengan k£s itu," katanya.

Dalam pada itu, Fara yang hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini untuk prosiding itu berkata, dia hingga kini masih lagi tidak berjumpa dan berhubung dengan anak keduanya, Ibrahim sejak Februari lalu.

"Saya ada cuba telefon dan mesej tapi dia tak jawab dan saya tak tahu dia dekat mana. Saya ada semua bukti yang menyatakan dia tak angkat panggilan saya.

"Kita cuma ris@ukan anak saja yang lain tiada mas@lah, sebab saya memang nak jumpa anak saya. Itu saja," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Ippo pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Yusof Zarin Nur, 4 dan Ibrahim Afi Nur, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: