24 April 2024
ENGGAN SUS4HKAN DATUK RED - ADIRA TAK TUNTUT NAFKAH : "DOAKAN SUPAYA DIA (BEKAS SUAMI) DIMURAHKAN REZEKI"
"Saya tak nak susahkan dia lagi. Sekarang ini dia tengah 'down'. Doakan supaya dia (bekas suami) dimurahkan rezeki."
Itulah kata penyanyi Adira Suhaimi, 32, ketika ditanya mengenai pendiriannya yang tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah.
Ini kerana jelas Adira, dia enggan menambah beb@n atau mas@lah baharu kepada bekas suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 46.
Sebelum ini, perkahwinan Adira dan Datuk Red yang dibina selama sembilan tahun itu berakhir dengan perceraian talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor, di sini, pada jam 9.39 pagi tadi. Lafaz cerai itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.
Dalam pada itu, Adira memberitahu, selepas melalui proses perbincangan dengan bekas suaminya sebaik dia pulang dari Tanah Suci baru-baru ini, akhirnya mereka mencapai kata sepakat.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Sepanjang berada di Tanah Suci, saya selalu berdoa dan memohon dilembutkan hatinya.
"Saya selalu ajak dia berbincang mengenai perkara ini (cerai). Tapi keputusan ini dicapai selepas saya pulang dari Tanah Suci.
"Saya ambil langkah untuk tidak mahu berg@duh, supaya kami selesa untuk berhubung dan berkomunikasi selepas ini.
"Nak bercerai, tidak semestinya kena berg@duh atau buka aib sebab macam mana sekali pun anak-anak tetap perlu dibesarkan bersama-sama," ujarnya.
Sementara itu, Adira berkata, dia bakal memfailkan hak jagaan anak walaupun mereka masih tidak mengetahui mengenai perceraian itu.
"Buat masa sekarang saya tidak halang untuk Datuk Red melawat atau nak bermalam dengan anak-anak. Kami bersetuju dan bersepakat dengan keputusan ini," jelasnya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Untuk makluman, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red turut berd£pan ujian apabila isteri pertamanya itu juga memfailkan permohonan sama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment