24 April 2024

SELEPAS CERAIKAN ADIRA - DATUK RED KELIHATAN SUGUL : "SAYA TAK LARAT NAK JALAN NI"



"Tanya dia (Adira), saya tak larat nak jalan ni," tutur usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red ketika ditemui selepas lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini, hari ini.
Ketika diajukan soalan mengenai keputusan yang dibuat, Datuk Red, 46, hanya mendiamkan diri, sebaliknya meminta untuk bertanyakan kepada bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi, 32.

Raut wajah Datuk Red kelihatan sugul dan penuh kesedihan selepas menceraikan isteri keduanya itu dengan talak satu.

Datuk Red yang tampil mengenakan kurta bewarna merah jambu dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 pagi ini, bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah.

Pada jam 9.39 pagi tadi, Datuk Red melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar selepas mahkamah membenarkan permohonan Adira selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian mens@bitkan berl@ku perceraian talak satu dan memerintahkan Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi menjalani tempoh edah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian mereka.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman berkata, kedua-dua pihak sudah berbincang terlebih dulu sebelum memutuskan untuk bercerai, hari ini.

"Hari ini, Alhamdulillah kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik dengan terma-terma perjanjian yang sudah dapat dicapai. Antaranya adalah hak-hak selepas perceraian seperti nafkah sebagainya. Nafkah anak-anak pula mereka akan bincangkan sendiri.

"Saya fahamkan mereka sudah berbincang pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini rasanya dan hubungan mereka baik dan doakan yang baik-baik buat mereka," kata Akmal yang turut tidak menolak, Datuk Red amat terk£san dengan perpisahan yang berl@ku.

"Saya rasa mana-mana orang akan had@pi benda sama (cerai) apabila terpaksa melepaskan orang yang kita sayang. Doakan ada yang terbaik buat mereka," ujarnya.

Ditanya mengenai k£s perceraian dengan isteri pertamanya, Akmal berkata, prosiding akan diteruskan pada Mei depan.

"Mengenai isteri pertama, saya tidak bincang lagi dengan Datuk Red tapi kes ini akan bersambung pada Mei nanti," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: