25 April 2024

PENDEDAHAN KEKASIH ALIFF AZIZ - BELLA ASTILLAH AKUI TAK TERK£JUT, DAH JUMPA SARAH YASMINE



"Saya pernah cakap sebelum ini ada letak alat perakam dalam kereta. Jadi saya tak terk£jut. Saya dah tahu tentang hubungan dengan Sarah.
"Saya pun juga pernah dedahkan Aliff ada hubungan dengan 11 wanita lain. Sarah antara sal@h seorang. Cuma agak sedikit terk£jut bila mendapat tahu secara terperinci hubungan mereka."

Demikian jelas pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang berkata, dia tidak terk£jut mengenai pendedahan seorang wanita bernama Sarah Yasmine, dimana dia mengaku dirinya kekasih Aliff Aziz.

Ujar Bella, dia memang sudah tahu mengenai hubungan suaminya dengan wanita itu sebelum ini dan Sarah merupakan sal@h seorang daripada 11 wanita yang mempunyai hubungan dengan Aliff.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, memberitahu, dia juga sudah bertemu dengan Sarah kira-kira seminggu lalu, selepas wanita itu ada menghubunginya dan ajak berjumpa.

"Dia (Sarah) yang menghubungi saya dulu menerusi WhatsApp untuk memberitahu perkara sebenar. Dia yang nak sangat berjumpa saya. Kami bertemu minggu lalu di Kuala Lumpur.

"Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti (foll0w) satu sama lain di akaun Instagram. Bukan mahu menyokong apa yang dia lakukan tapi dia bercakap benar," katanya.

Tambah Bella lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana pendedahan yang dibuat Sarah di akaun Instagramnya baru-baru ini, boleh dijadikan sebagai bukti yang cukup buatnya di mahkamah nanti bagi tuntutan cerai terhadap Aliff.

"Inilah kemanisan orang yang bersabar dan kebenaran itu datang dengan sendirinya, dikala saya tengah 'busy' (sibuk) bekerja. Sebenarnya, saya sudah berada di fasa 'move on' kerana dah mula bekerja dan sibukkan diri dengan anak-anak.

"Betullah orang kata, ada hikmah bersabar. Pendedahan Sarah ini juga akan dibawa ke mahkamah. Saya hanya harap dapat selesaikan perkara ini dengan segera.

"Saya rasa lega ada bukti sebegini. Dapat membantu k£s mahkamah. Mungkin Allah SWT nak permudahkan urusan saya dengan bukti untuk k£s mahkamah menerusi pendedahan Sarah itu," tuturnya.

Terdahulu, kem£lut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff didakwa ditangk@p khalw@t bersama Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Bagaimanapun sebutan pertama k£s cerai itu terpaksa ditangguhkan kerana Aliff tidak hadir disebabkan terikat dengan penggambaran drama 'Terj£rat'.

Selepas itu, Aliff enggan melafazkan cerai pada sebutan k£s cerai itu dihadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun nanti sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali Sarah Yasmine mengakui 'kekasih gel@p' kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia ber@ni melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff t£ruk dikec@m susulan kontr0versi ditangk@p berkhalw@t dengan seorang pelakon iaitu Ruhainies pada Mac lalu.

Lebih meng£jutkan lagi, wanita itu mendakwa pelakon yang ditangk@p khalw@t bersama Aliff mengh@sut penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura itu untuk menj@tuhkan Bella.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: