25 April 2024

DIKAITKAN 'KEKASIH' ZUL ARIFFIN - GAYATRI AKUI TAK PERNAH R1MAS



Nama penerbit Gayatri Su-Lin Pillai, 49, baru-baru ini kembali disor0t apabila sekali lagi meraikan Aidilfitri dengan keluarga pelakon Zul Ariffin.
Sebelum ini, Gayatri adalah wanita yang disebut-sebut sebagai 'kekasih' kepada pelakon itu sejak bertahun-tahun lalu.

Mengulas mengenai kenyataan Zul yang memohon doa agar dipermudahkan urusan dan dijauhkan fitn@h sekiranya akan ada perkahwinan, Gayatri sempat berselor0h, selain menjelaskan, setiap kali Aidilfitri, dia akan memuat naik satu gambar.

"Ada calon lain ke? Saya rasa dari dulu lagi, setiap kali Aidilfitri saya akan muat naik satu gambar. Saya memang seperti biasa beraya di rumah Hanim Ariffin (kakak Zul).

"Saya pun tak tahu kenapa (orang beri perhatian kepada sambutan Aidilfitri tahun ini). Tiba-tiba, walaupun setiap tahun saya akan muat naik. Tapi, kita doakan yang baik saja," katanya.

Dalam pada itu, Gayatri berkata, dia sering menerima pelbagai komen neg@tif yang menyentuh mengenai status kekayaan dan usia, namun setiap komen itu baginya adalah doa.

"Kemudian, saya pun selalu kena kutvk kan. Dalam komen-komen itu, akan ada yang kata saya kaya, tapi itu satu doa. Jadi, kita aminkan saja.

"(Komen) tua pun, Tuhan bagi kita umur yang panjang. Kita aminkan juga dan gembira saja. Jadi, saya okay saja bila kena kutvk ke, k£na bah@n ke atau apa-apa tanpa sebarang sebab.

"Tapi, tahun ini kenapa tiba-tiba dan saya pula sangat sibuk sebab tengah buat ini (drama Restu), kita nak terbitkan filem. Jadi, tiba-tiba benda itu datang dengan cara yang mendad@k dan saya pun tak pasti kenapa?" ujarnya.

Menurutnya lagi, dia juga tidak pernah berasa r1mas dengan komen netizen terhadap dirinya dan juga apabila sering dikaitkan dengan Zul sebagai pasangan 'kekasih'.

"Saya tak r1mas pun. Okay saja. Seperti mana yang kalian kenal diri saya, memang saya bukanlah seorang yang sangat cepat mel£nting atau mer0yan. Saya sejujurnya terhibur.

"Kali ini saya tak dapat baca banyak (komen). Jadi, saya baca satu portal ini dan dari situ saya baca jugalah komen dan saya boleh ketawa.

"Sebahagian daripadanya memang sangat t£ruk, ada yang bagus serta yang baik juga. Jadi, saya rasa ini benda yang kita kena terima sebab zaman media sosial, netizen ada hak untuk bersuara," jelasnya.

Selain itu, Gayatri turut menjawab mengenai keakraban hubungannya dengan arwah ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir, dimana dia menggambarkan hubungan itu sebagai ibu tempat di mana dia menumpang kasih.

"Sejujurnya, saya dengan arwah ibu Zul sangat rapat. Saya sangat sayangkannya sebab ketika bapa saya meninggal, ibu saya dah al@mi str0k terlebih dulu. Tapi, saya tak ramai keluarga di sini dan seorang diri.

"Kadangkala, kita nak ada kewujudan seorang ibu di sisi kita. Bukan bermakna kita nak kongsi apa pun, tapi ada kewujudan ibu yang jaga kita. Jadi, saya rasa ibu Zul seorang yang sangat penyayang.

"Dia (arwah ibu Zul) beri saya rasa kasih sayang seorang ibu. Dia sosok ibu yang saya sangat rindui.

"Sebagai wanita, kita perlukan sosok seorang ibu. Saya anak manja, jadi apabila bapa saya meninggal dunia, dunia saya menjadi 'gelap'.

"Saya ambil masa beberapa tahun untuk menerima pemergian bapa saya, dan arwah ibu Zul adalah tempat saya menumpang kasih sayang," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: