15 April 2024

GAMBAR BERSAMA TUL4R - MADU MARISSA KATA SITUASI MEREKA SEKARANG TAK SEPERTI YANG DIGAMBARKAN DALAM FOTO



Anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim baru-baru ini ada memuat naik gambar bersama madunya, Umisya Mazlan.
Perkongsian gambar tersebut menjadi perhatian ramai serta tul@r kerana ia sekaligus memberi bayangan hubungan mereka dalam keadaan baik.

Namun begitu, madu Marissa pula dilihat memuat naik kenyataan memberitahu, gambar berkenaan diambil sebelum kisah mereka tul@r, dimana ketika itu mereka sudah berdamai dan berbaik.

Jelas Umisya atau Misya lagi, selepas kisah mereka tul@r, keadaan berubah dan berl@ku sedikit perbal@han, selain berkata, mereka masing-masing memilih membuat hal sendiri.

Misya dalam masa sama turut mengulas hubungan mereka tidaklah seakrab seperti yang dimuat naik oleh Marissa. Bagaimanapun, katanya, mereka tidak bermas@m muka mahu pun bermusvh.

"Assalammualaikum, ramai yang 'direct message' (DM) saya tanya mengenai hantaran ini dan pihak media pun dah mula keluarkan 'headline'. Sehinggakan ada yang cakap 'mark£ting', nak nampak mulia, nak raih populariti, nak nampak ters@kiti, Allahu.

"Gambar ini diambil sebelum tular, yang di mana ketika saya dan Marissa sudah pun berbaik. Sebab? Misya terima p0ligami ni dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai.

"Tapi lepas tular mengenai kisah nikah ni, segalanya berubah, ada sedikit berbal@h dan kami mula meletakkan had yang mana masing-masing buat hal sendiri.

"Saya tak pernah cakap kami bermusvh. Cuma situasi kami sekarang bukan seperti yang digambarkan menerusi video ini. Mungkin suatu hari nanti Marissa hendak berbaik dengan saya kan?" tulisnya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Misya berkata, sebelum ini, dia ada men£kankan mengenai isu jenama pakaian yang mengambil mereka sebagai model tanpa pengetahuannya.

Tambah isteri pertama kepada Aslam itu lagi, pihak jenama tersebut seolah tidak menjaga sensit1viti semua pihak, apatah lagi situ@si dihad@pi mereka ketika itu.

Selain itu, Misya juga beranggapan Marissa mahu berbaik, susulan memuat naik video berkenaan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu atau mungkin madunya rasa rindu.

"Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya marissa, lama kita tak berhubung. Maaf zahir dan batin ikhlas dari saya.

"Saya balas dengan IG story jugalah penjelasan ni ya, sebabnya saya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Takda contact or perbincangan setakat ni," tuturnya lagi.

Pada Jumaat lalu, Misya dilihat ada memuat naik gambar bersama Aslam, sekaligus mengesahkan mereka masih lagi suami isteri serta menyambut raya bersama-sama.

Untuk makluman, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Umisya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: