15 April 2024

"SERINGGIT KE SERATUS RINGGIT KE ENJOY JE LAH..." - DIANA DANIELLE LUAH RASA SYUKUR MASIH TERIMA DUIT RAYA



"Sekarang ni orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib but a form of sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang tu.
"Seringgit ke seratus ringgit ke enjoy je lah the f£stive g£sture, nak rasa entitl£d and judg£ sangat dah kenapa. Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa ingat nafkah ke?"

Demikian ulas pelakon Diana Danielle yang berkata, ramai yang masih tidak faham mengenai pemberian duit raya, dimana ia bukan satu kewajipan, sebaliknya sebahagian daripada sedekah seikhlas hati.

Klik untuk gambar besar
Diana yang berkongsi pendapatnya itu menerusi aplikasi X turut memberitahu, mereka yang menerima duit raya sepatutnya bersyukur dengan apa saja nilai duit raya yang diberi, selain 'enjoy' meraikan hari raya.

Dalam pada itu, Diana turut meluahkan rasa syukur apabila dia masih menerima duit raya, meskipun jumlah RM10 tetapi hatinya rasa berbunga.

"Lekla saya pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunganyaaa lama tak dapat duit raya haha. Enjoy paham enjoy? Ni kerja tak puas hatiiii je manjang," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: