06 April 2024

IBU NEELOFA LIVE BERSAMA DATUK RED, RAIH JUALAN RM100,000 DI TIKT0K



"Alhamdulillah berkesempatan live dengan Dato' Red semalam (kelmarin). Alhamdulillah sal£s semalam live dengan Dato' Red mencecah RM100 ribu lebih. Terima kasih Dato Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Dato.
Demikian ujar ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dimana dia baru-baru ini menjemput Datuk Red untuk membuat sesi live TikT0k bersama-sama.

Sejak tular kisah suami kepada Datin Red dan Adira Suhaimi itu tiada kerja selama lima tahun serta mengakui mufl1s sejak tahun 2019, rezeki Datuk Red kini semakin murah dan melimpah ruah.

Menurut Datin Kartini, ketika sesi live tersebut, dia berjaya mendapat lebih RM100,000 dengan menjual beberapa jenis pr0duk seperti Daging Harimau Menangis, serunding dan minuman teh kesihatan.

Dalam pada itu, Datuk Red dilihat turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada ibu Neelofa itu kerana sudi menjemputnya serta memohon maaf jika ada terkas@r bahasa.

"Terima kasih mama. Maaf semalam (kelmarin) saya kena gerak cepat. Semoga mama dimurahkan rezeki dan saya minta jika maaf jika semalam saya ada terkas@r bahasa, InshaAllah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: