26 April 2024

ISU RUHAINIES MAHU JUMPA & DIHUBUNGI - SARAH YASMINE ENGGAN TURUTI : "SAYA DAH BERI AWAK PELUANG UNTUK JUJUR KEPADA SAYA, DUA KALI & AWAK T1PU SAYA"



"Saya s£kat awak di WhatsApp sebab saya tak nak bercakap dengan awak lagi. Jadi, sila faham. 'Let's be happy and be truthful to each other' (Marilah kita berbahagia dan jujur kepada satu sama lain).
"Saya dah beri awak peluang untuk jujur kepada saya, dua kali dan awak t1pu saya. Apa buat awak terfikir yang saya akan percayakan awak sekarang?"

Demikian tulis wanita Singapura yang mendakwa kekasih kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, dimana dia menolak untuk berhubung dengan Ruhainies, selain turut memaklumkan bahawa sudah meny£kat (bl0ck) pelakon wanita itu di WhatsApp.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Sarah juga memberitahu, bahawa dia sudah memberi peluang kepada Ruhainies, namun pelakon wanita itu terus-menerus men1punya.

Respon yang diberi Sarah itu sekali gus menjawab kepada 'jemputan' Ruhainies untuk berdamai yang sebelum ini dimuat naik pelakon wanita itu di Instagram.

"Jadi, kenyataan (jawapan) terbuka saya yang menjawab permohonan maaf yang awak buat secara terbuka adalah, tidak," katanya.

Terdahulu, pada awal pagi tadi, Ruhainies memuat naik kenyataan permohonan maaf kepada isteri Aliff iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah atas apa yang berl@ku dan menyatakan hasrat untuk bertemu Bella dan Sarah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: