27 April 2024

KINI SEPASANG - HARRIS ALIF & INTAN LADYANA SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA, 'HARRIS UMAYR'



"Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ni kita pergi tengok adik."
Itulah kata penyanyi dan pelakon Harris Aliff, 25, yang berkongsi berita gembira, dimana dia memaklumkan isterinya, pelakon Intan Ladyana, 42, selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 12.45 tengah hari, semalam.

Harris bersama anak pertamanya, Evie Khadeeja sempat membuat panggilan video selepas isterinya itu selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.06 kilogram secara normal.

Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran lain pula, Harris telah berkongsi nama anak keduanya kepada umum iaitu Harris Umayr.

Difahamkan, Harris tidak dapat bersama Intan kerana perlu menjaga anak pertama mereka dan ibunya yang menemani isterinya.
Untuk makluman, Harris dan Intan selamat disatukan sebagai suami isteri pada 5 Februari 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka kini sudah dikurniakan dua orang anak.

Anak sulung pasangan ini merupakan anak perempuan diberi nama Avie Khadeejah yang dilahirkan pada 31 Januari 2022.

Harris dan Intan sempat mencuri perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga walaupun berbeza usia 17 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: