03 April 2024
KAKAK SAFEE SALI KATA FITRI ELFINA BUKAN 'PENY0NDOL' : "SAYA ADA CAKAP PADA SAFEE, JANGAN TERUS FITN@H ISTERI & PUS1NG FAKTA"
Kakak bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, 40, iaitu Normalayati Mohd Sali, 53, tampil memperjelaskan mengenai adik iparnya, Fitria Elfina Maharip, 44, dimana dia didakwa mendapat k@rma atas keruntvhan rumah tangganya ketika ini.
Berhubung dakwaan itu, Normalayati berkata, sebenarnya tiada k@rma pun kerana dia mengetahui cerita sebenar dan tidak mahu buka kisah lama kerana akan memb@bitkan semua pihak.
"Dia (Fitria Elfina) bukan penyebab k@rma, bukan peny0ndol dan bukan penyebab rumah tangga yang pertama itu rob0h.
"Saya juga nak betulkan apa yang sal@h dan orang yang menudvh adik ipar (Fitria Elfina) saya itu tak b£tul sebab saya tahu cerita sebenar, keluarga kami pun tahu cuma tak nak a1bkan orang lain saja," jelasnya.
Normalayati berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan kes tuntutan hadanah interim depan pendaftar kali pertama membabitkan Fitria Elfina dan adiknya, Safee di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Safee tidak hadir pada sebutan kali pertama kes tuntutan hadanah int£rim berkenaan.
Selain itu, ditanya pula mengenai hak penjagaan anak, Normalayati berkata, Fitria Elfina paling tepat untuk menjaga anak-anak mereka.
"Saya percaya dia paling layak untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik berbanding Safee sendiri kerana dia sibuk bekerja. Saya juga ada cakap pada Safee, jangan terus fitn@h isteri dan pus1ng fakta. Semoga kemenangan berpihak kepada adik ipar nanti," katanya.
Dalam pada itu, ujar Fitria Elfina pula, dia sangat berharap dapat berjumpa dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun sempena sambutan Aidilfitri nanti.
"Saya sangat berharap dapat menyambut raya dengan anak-anak kerana sudah dua bulan tidak berjumpa. Anak-anak sangat rapat dengan saya. Pada masa sama, saya juga akan berada di sini pada sambutan raya yang bakal menjelang," tuturnya.
Sementara itu, peguam Fauzan Ziman Hassan yang mewakili Fitria Elfina memberitahu, pihaknya juga memfailkan hak jagaan induk hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah.
"Sementara menunggu perintah dari mahkamah, pihak kami failkan hak jagaan interim (sementara) dulu untuk mendapatkan hak jagaan anak.
"Prosiding hari ini adalah sebutan kali pertama tuntutan hadanah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Sebutan kali kedua kes tuntutan hadanah akan berlangsung pada 5 Ogos depan," maklumnya.
Terdahulu, Fitria Elfina mendedahkan yang dia terputus hubungan dengan dua anak perempuannya sejak awal Februari lalu.
Susulan itu, ia membuatkan suri rumah ini tiada pilihan dan terpaksa memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum pros£dur sulh kedua-dua pihak yang berlangsung pada 18 Mac lalu gag@l mencapai kata sepakat.
Untuk makluman, Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua anak perempuan.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua anak perempuan, sebelum berpisah pada 2 April 2012.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment