03 April 2024

BELLA ASTILLAH DIDAKWA PUNYAI HUBUNGAN DENGAN PELAKON BARU, MUAZ ZAHIR?



Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika ini hangat diperkatakan apabila tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan isteri kepada Aliff Aziz itu menjalin hubungan cinta dengan pelakon baharu iaitu Muaz Zabir.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah akaun TikTok yang turut memuat naik paparan mesej panggilan kemesraan seperti pasangan kakasih didakwa perbualan kedua mereka.

"Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit," tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Bukan itu saja, akaun tersebut turut memuat naik gambar mesra ibu kepada dua cahaya mata itu dengan pelakon baharu bertarikh pada Oktober 2023.

Melihat pada gambar tersebut, ia memaparkan Bella memegang leher jejaka berkenaan sambil tersenyum, namun tidak dapat dipastikan kes@hihan gambar berkenaan atau mungkin telah disunt1ng.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dimana mereka seakan-akan tidak percaya dengan apa dipaparkan akaun berkenaan apabila tetap menunjukkan sokongan kepada Bella.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen, ada yang mengatakan foto tersebut diambil ketika penggambaran sebuah drama, selain berkata, mereka tidak mempertahankan Bella, namun dapat melihat mesej perbualan tersebut, ia boleh disunt1ng.

"Kenapa aku nampak gambar Bella dalam mesej itu seperti disunt1ng.

"Aku sokong. Sebab Alif boleh buat kenapa bella tak boleh.

"Kant0i tak kant0i, saya tetap sokong Bella. Asyik dia dis@kiti, dia pun layak bahagia," tulis beberapa pengguna akaun.

Sementara itu, usaha media menghubungi Bella bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu gag@l apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Sementara itu, melihat akaun Instagram Muaz, dia didapati menutup ruang komen, selain memadam beberapa gambar miliknya.

Difahamkan, Bella dan Muaz dikatakan pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September tahun lalu.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kec0h apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkAp khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspr£s dan k£s itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: