Selepas berdiam diri sejak tahun lalu apabila ada ura-ura mengenai perkahwinan, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, 53, akhirnya mendedahkan isterinya, Datin Marcella, 28, kepada media, selain memberitahu, isterinya kini menguruskan salah satu perniagaannya.
"Sebelum ini, dia bekerja dengan saya. Tapi, sekarang dia dah jadi bos dan menguruskan salah satu perniagaan saya," katanya.
Sementara itu, kongsi Marcella, ini adalah pengalaman baharu buatnya, namun melaluinya dengan tenang, memandangkan sudah mengenali sikap Afdlin yang menjaga privasinya.
"Alhamdulillah bahagia. Tak tahu nak cakap apa sebab kali pertama berkahwin dan ini satu pengalaman baharu.
"Saya okay sahaja sebab Abang Afdlin memang dari dahulu. Saya memang bekerja dengannya sebelum ini dan dia memang menjaga privasi. Jadi, saya pun macam biasa, okay," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai sebab merahsiakan perkahwinan mereka selama ini, Marcella menjelaskan, itu adalah atas permintaan arwah ayahnya.
"Ayah saya meninggal April tahun lalu. Itu pun sal@h satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Sebabnya, ayah saya s@kit dan itu adalah permintaannya sebelum dia meninggal.
"Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Dia memang minta untuk percepatkan dan Alhamdulillah dapat ditunaikan sebelum dia meninggal dunia.
"Saya dahulu, memang saya doakan nak seseorang yang seperti ayah saya. Alhamdulillah, ciri-ciri itu ada dalam keperibadiannya," ujarnya.
Untuk makluman, Afdlin pernah berumah tangga dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997, sebelum bercerai pada April 2022. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment