03 April 2024
BIDUANITA NEGARA - SITI NURHALIZA BAKAL DIANUGERAHKAN
Nampaknya penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal dianugerahkan gelaran Biduanita Negara, selepas fasa awal berhubung cadangan penganugerahan tersebut sudah dibuat di Kementerian Komunikasi.
Menerusi laporan Harian Metro, menterinya iaitu Fahmi Fadzil berkata, perkara itu sudah melalui proses perbincangan dalaman.
"Perkara ini sudah dibuat secara perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya komen lanjut. Kita cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu.
"Saya takkan komen lebih. Saya cuma ada b@ngkitkan dan akan ikut proses itu dan ambil masa," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil wartawan hiburan, pada Majlis Apresiasi Pengamal Media, di sini, semalam.
Terdahulu, kejayaan Siti ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu, menarik perhatian ramai pihak yang menyarankan agar penyanyi itu wajar diberikan gelaran Biduanita Negara.
Saranan itu turut mendapat perhatian Fahmi yang terpanggil untuk menjawab gelaran Biduanita Negara yang mungkin boleh diberikan kepada Siti.
Siti ketika diminta mengulas mengenai gelaran Biduanita Negara, menjelaskan, dia tidak meletakkan harapan untuk diberikan gelaran itu selepas dikatakan layak untuk mendapat penghargaan tertinggi dalam bidang seni itu.
"Tak perlulah saya mengharap sangat (gelaran biduanita). Ini sebab kerja-kerja yang saya lakukan sekarang (menyanyi), memang saya buat sebab minat.
"Saya suka melihat peminat saya gembira. Saya tidak pernah fikir, kalau buat sesuatu itu kerana mengharapkan penghargaan," tuturnya.
Gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dua penyanyi saja iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment