02 April 2024

MENGAKU PUTUS TUNANG, PULANG CINCIN RISIK - SUFIAN SUHAIMI NAFI BERPISAH KERANA ORANG KETIGA



"Kami berpisah kerana tidak sehaluan dan bukan berpunca dari orang ketiga. Kedua belah pihak juga menerima dengan hati terbuka dan tiada perasaan dend@m.
"Kami tidak berg@duh kerana kalau nak diikutkan ada perancangan nak bernikah dari tahun lalu, cuma ada perkara perlu dibincangkan sebab perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat dengan terg£sa-g£sa."

Itulah jelas penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi, 32, yang mengesahkan hubungannya dengan kekasih, Rania Al Sadat sudah putus dan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing sejak Mac lalu.

Kata penyanyi 'Di Matamu' itu, keputusan tersebut dibuat bersama oleh kedua-dua belah pihak dan dia juga sudah memulangkan cincin merisik Rania pada minggu kedua Ramadan lalu.

Dalam pada itu, Sufian yang menganggap tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya itu pada tahun ini, memberitahu, dia dan Rania masih berkawan, selain mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya itu.

"Bagi saya itulah 'hikmah' di sebalik adat merisik yang dibuat sebelum ini iaitu proses untuk kami saling mengenali. Saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dirinya dan ahli keluarganya juga sangat baik dengan saya sampai hari ini.

"Kami juga mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing. Kami percaya, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Mungkin ada peluang untuk kami kembali bersama nanti," ujarnya.

Selain itu, Sufian juga menafikan dakwaan hubungan cintanya dengan Rania hanya sekadar k0nten untuk dia kekal rel£van dalam industri.

"Siapa yang cakap percintaan saya ini sebagai k0nten semata-mata tak baiklah. Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi mas@lah peribadi.

"Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai t£knik pemas@ran atau cara kekal rel£van dalam industri," tuturnya.

Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekali gus menc£tuskan sp£kulasi sama ada Sufian sudah bertunang.

Berhubung video tular tersebut, Sufian mengakui itu adalah majlis merisik yang berlangsung secara tertutup dengan dihadiri keluarga kedua belah pihak pada Oktober tahun lalu.

Namun, pada Mac lalu, warganet mulai membuat sp£kulasi hubungan mereka sudah berakhir selepas kedua mereka tidak lagi saling mengikuti di akaun Instagram.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: