01 April 2024

"PERKARA ITU BERL4KU DILUAR JANGKAAN KAMI " - PENGANJUR MOHON MAAF ISU DIVA AA BUAT HAL ATAS PENTAS



"Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihak penganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.
"Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.

"Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat k£sal di atas apa yang berl@ku dan sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terk£san dengan isu tersebut."

Demikian jelas penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 yang tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontr0versi yang berl@ku memb@bitkan pengacara sens@si, Azwan Ali atau Diva AA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Maju Kedah Resources berkata, persembahan tarian ala dangdut selebriti itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya, berikutan ia bukan sal@h satu daripada atur cara program.

Tambahnya lagi, kehadiran selebriti adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.

Menurut kenyataan itu lagi, susulan insid£n terb@bit, pihaknya menerima t£guran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insid£n berkenaan.

"Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima t£guran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024. Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi," ujarnya.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis lalu, tular video Azwan Ali bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.

Aksi menari mereka di atas pentas mendapat kec@man netizen kerana berl@ku pada bulan Ramadan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: