01 April 2024

TAK TOLAK JODOH DENGAN SUAMI ORANG, TAPI BERSYARAT - NADIA BRIAN AKUI RASA T4KUT NAK BERKAHWIN, T4KUT PERKARA SAMA TERJADI



"Saya memang rasa t@kut nak berkahwin, t@kut perkara sama terjadi. Saya sedar bahawa sebuah perkahwinan tidak mudah, perlu ada kerukunan dan toleransi sesama pasangan.
"Tetapi semua itu bukanlah saya letak sebagai satu tr@uma untuk saya tidak mengecap bahagia. Jujurnya, saya memang nak kahwin, mahu ada anak dan membina keluarga kecil yang bahagia.

"Saya sedar untuk meraih mimpi itu, saya perlu perbaiki diri menjadi insan lebih baik, timba ilmu rumah tangga. Pokok pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri, buatlah persediaan terbaik sebelum bertukar status menjadi isteri orang."

Itulah ujar pelakon Nadia Brian yang mengakui bimb@ng untuk berkahwin lagi selepas gag@l dalam perkahwinan sebelum ini, namun adakalanya dia mengimpikan sebuah rumah tangga bahagia.

Kata Nadia, dia perlu perbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik serta menimba ilmu rumah tangga dan membuat persediaan sebelum bergelar isteri.

Dalam pada itu, Nadia memberitahu, dia mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan beriman. Akuinya lagi, dia tidak menolak andai bertemu jodoh dengan suami orang namun bersyarat.

"Isu jodoh sebenarnya kompl£ks. Saya memang mahukan lelaki bertanggungjawab dan beriman tapi mana tahu kalau saya j@tuh cinta dengan suami orang? Tapi selagi boleh el@k, kita kena el@k.

"Kalau saya berjodoh dengan suami orang pun, biarlah bersyarat. Contohnya, saya kena baik dengan isteri pertama dia. Kena ada keharmonian dalam p0ligami dan persetujuan semua pihak.

"Saya memang tidak menolak sekiranya jodoh saya dengan suami orang tetapi janganlah sampai berg@duh sana sini. Sebenarnya ada ramai sahaja orang yang bahagia berkongsi," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: