27 April 2024

RITA RUDAINI LUAH RASA SYUKUR ANAK SULUNG RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG POINTER 3.99 DI MRSM



"Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT. Tahun ini Ryan Top 10 batch student tetapi kali ini SUBES pula. Tahniah, mummy akan pastikan anak-anak mummy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.
"Doa mummy selalu bersama anak-anak. Terima kasih Ustazah Norfaiza. Tahniah kepada Ryan, kawan-kawan dan ustazah."

Demikian tulis pelakon Rita Rudaini yang berkongsikan berita gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Menerusi perkongsian itu, Rita meluahkan rasa syukur di atas pencapaian anaknya itu serta memberitahu Rayyan antara 10 pelajar terbaik dalam tingkatan.

Melihat pada video tersebut, Rayyan turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ibunya yang membesarkan dirinya serta mengatakan keputusan cemerlang itu hadiah sempena untuk hari lahir Rita.

"Sikit lagi nak dapat straight A+ tinggal satu sahaja dapat A-. 3.99 ni sebagai hadiah birthday mummy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.00 untuk mummy," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: