05 April 2024

S ATAN LUAH RASA SYUKUR DIBERI REZEKI TUNAI UMRAH, SAMBUT AIDILFITRI DI MAKKAH



Komposer terkenal, Datuk S Atan atau nama sebenar, Hashim Said, 75, meluahkan rasa syukur apabila diberi rezeki untuk menunaikan umrah, sekaligus menyambut Hari Raya Aidilfitri di Makkah.
Difahamkan, S Atan sudah bertolak ke Jeddah, Arab Saudi kelmarin bersama isterinya, Datin Norizan Yeob dan hanya akan pulang ke Malaysia pada 15 April.

"Saya bersyukur kerana berpeluang buat umrah dan seterusnya menyambut Aidilfitri di Makkah. Ini pengalaman pertama saya berpuasa dan sambut raya di sana.

"Sebenarnya saya dan isteri tiada plan pun nak pergi pada masa ini kerana kami tiada duit. Tak sangka ada pihak taja kami untuk ke sana.

"Ini kali kelima kami mengerjakan umrah dan semuanya mendapat tajaan dari bekas penyanyi, Datin Seri Rina Rahman. Kami pun pernah pergi haji pada 2019 yang juga mendapat rezeki ditaja.

"Saya pernah jadi penerbit albumnya dahulu. Seingat saya, selepas rakaman album, saya akan belanja artis-artis makan. Mungkin dari sini mereka kenang jasa saya.

"Kami terk£jut apabila Rina minta kami siapkan pasport untuk hantar kami ke Makkah. Tapi dia tak ikut serta. Kami terima pelawaannya kerana nak rasa suasana beraya di Makkah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: