05 April 2024

SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI - PUTERI AISHAH KINI BERGELAR IBU



"Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam. Baby dan mommy sihat walafiat.

"Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya. Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman."

Demikian kongsi pengurus kepada Puteri Aishah, Iman Tang di Insta Story, dimana dia memaklumkan pelakon itu kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam (4 April 2024).

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, pada Januari lalu, pelakon 'Rahimah Tanpa R@him' dan 'Cina But@' itu berkongsi berita kehamilannya selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk makluman, Aishah berkahwin dengan Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: