08 April 2024

"SAYA DOAKAN MEREKA (DATUK RED & ADIRA)... SEMOGA JODOH BERKEKALAN BERBAHGIA HINGGA KE JANNAH" - DATIN RED



Menerusi perkongsian di Insta Story, madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Red, telah menjawab pertanyaan netizen berhubung rumah tangga suaminya, Datuk Red dan madu.
Dalam perkongsian itu, Datin Red memberitahu, suaminya itu tidak ceria apabila Adira memfailkan perceraian, selain berkata, dia tumpang gembira jika mereka tidak berpisah.

Malah, Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Syarifah Norshafila Hassim, mendoakan kebahagiaan suami bersama isteri keduanya.

Bukan itu sahaja, Datin turut menjawab yang dia tidak cembvru melihat kemesraan Datuk Red dengan Adira. Tambahnya lagi, dia sudah pasti akan bersuara jika tidak senang dengan perkara itu.

Klik untuk gambar besar
"Tentulah tidak, kalau saya cembvru tentu video mereka saya tak benarkan masuk dalam media sosial. Tentu saya dah mer0yan suruh pad@m," tulisnya.

Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman. Kemudian, Datin Red pula memfailkan perceraian pada Januari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: